Hemofilia ialah gangguan pendarahan kongenital atau genetik yang jarang berlaku dan berkaitan kromosom X iaitu kromosom yang membawa gen tertentu dalam tubuh manusia.
Ia menyebabkan tubuh kekurangan faktor pembekuan darah yang menjejas keupayaan darah untuk membeku secara normal, sekali gus mengakibatkan pendarahan sukar dihentikan atau berlaku secara berlebihan.





