BATAM: Polis di Batam menahan seorang lelaki selepas didakwa menyebarkan ucapan kebencian dengan menghina masyarakat Melayu menerusi Facebook susulan perdebatan hangat mengenai penutupan gerai menjual daging babi di kawasan Sagulung, Kepulauan Riau.
Ketua Polis Barelang, Pesuruhjaya Kanan Anggoro Wicaksono, berkata pihaknya bertindak pantas selepas menerima laporan orang ramai mengenai komen menghina yang dimuat naik oleh suspek dikenali sebagai Raja Situmorang.





