EVIAN-LES-BAINS (Perancis): Pemimpin Eropah dijangka memberi amaran kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, bahawa perjanjian sementara dengan Iran yang terlalu longgar berisiko mengukuhkan lagi program nuklear dan peluru berpandu Teheran, ketika sidang puncak Kumpulan Tujuh (G7) berlangsung di Evian-les-Bains, Perancis.
Sidang dari 15 hingga 17 Jun itu menghimpunkan pemimpin Perancis, Britain, Canada, Jerman, Italy, Jepun dan Amerika bersama Kesatuan Eropah...





