Lakaran artis bagi Therme Singapore, sebuah kemudahan kesejahteraan bernilai $1 bilion di Marina South yang dijangka dibuka pada 2030.
SingapuraJun 19, 2026 | 5:45 PM

Tarikan kesejahteraan Marina South mudah diakses, dijangka dimampui

Pada 2016, ketika mantan menteri Kabinet, Encik Mah Bow Tan, kali pertama mendengar usul membina sebuah kemudahan kesejahteraan besar di Singapura, beliau tidak berminat.

Idea itu kelihatan seperti konsep mahal untuk golongan tertentu sahaja, dan beliau tidak fikir ia akan mendapat sokongan pemerintah.

Penyerang England, Harry Kane, mencatat penampilan ke-126 beliau sebaik perlawanan bermula, sekali gus memecahkan rekod sebelum ini yang dikongsi bersama bekas penjaga gol, Peter Shilton.
SukanNov 13, 2026 | 1:22 PM

Kane pecah rekod, bantu England mara ke suku akhir selepas kalahkan Croatia 2-1

LONDON: Harry Kane meraikan penampilan rekod ke-126 beliau bersama skuad England dengan jaringan sepakan penalti ketika membantu pasukan berkenaan menewaskan Croatia 2-1, pada 12 November.

Menyusuli kemenangan tersebut, skuad Three Lions itu berjaya menempah tempat ke suku akhir Liga Negara-Negara Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa).

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, bertemu Naib Presiden Gibran Rakabuming Raka di Istana Negara, Jakarta, pada 12 November 2026, hari yang sama Gibran menyerahkan surat peletakan jawatannya. Encik Prabowo mempunyai kuasa penuh mencalonkan dua pengganti Encik Gibran untuk dipilih oleh Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR), yang diberi tempoh 60 hari mengisi kekosongan jawatan itu.
DuniaNov 13, 2026 | 12:19 PM

Prabowo diberi kuasa penuh pilih dua calon ganti Gibran sebagai Naib Presiden

JAKARTA: Presiden Indonesia Prabowo Subianto, mempunyai kuasa penuh untuk menentukan dua calon bagi menggantikan Encik Gibran Rakabuming Raka sebagai Naib Presiden, selepas peletakan jawatan anak sulung bekas Presiden Joko Widodo itu mencetuskan proses pemilihan penggantinya.

Encik Prabowo dijangka mengadakan rundingan dengan parti politik yang menyokong pemerintahannya sebelum mengemukakan dua nama kepada Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) untuk dipilih.

Pemimpin Demokrat di Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Hakeem Jeffries, bercakap kepada wartawan selepas sidang media di bangunan Capitol, Washington, pada 12 November.
DuniaNov 13, 2026 | 11:45 AM

Demokrat kaji dasar AS-Israel, gesa perubahan besar di Timur Tengah, sokong Palestin merdeka

WASHINGTON: Pemimpin Parti Demokrat di Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Encik Hakeem Jeffries, menggesa perubahan besar dalam dasar Washington terhadap Timur Tengah, termasuk hubungan ketenteraan dengan Israel, sambil menegaskan sokongannya terhadap penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka.

Gesaan pada 12 November itu dibuat selepas kemenangan besar Demokrat dalam pilihan raya pertengahan penggal yang menyaksikan parti tersebut merampas penguasaan kedua-dua dewan Kongres...

Seorang lelaki Palestin meninjau kerosakan dalam bangunan Hospital Nasser selepas serangan udara Israel di Khan Yunis, selatan Gaza, pada 12 November 2026. Serangan yang menyasarkan wad pembedahan itu mengorbankan enam orang, termasuk seorang doktor, dan mencederakan hampir 30 yang lain, menjadikannya serangan tunggal paling banyak meragut nyawa sejak pilihan raya Israel Oktober lalu.
DuniaNov 13, 2026 | 11:38 AM

Serangan Israel ke atas hospital Gaza terburuk sejak pilihan raya

KHAN YUNIS: Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin terbunuh dalam beberapa serangan Israel di seluruh Gaza pada 12 November, termasuk enam orang apabila tentera Israel mengebom Hospital Nasser di selatan wilayah itu.

Serangan ke atas hospital terbesar yang masih beroperasi di selatan Gaza itu merupakan serangan tunggal paling banyak meragut nyawa sejak pilihan raya Israel bulan lalu.

Seorang lelaki Palestin yang kehilangan tempat tinggal cuba mengalihkan air bertakung di luar khemahnya yang dilanda banjir akibat hujan lebat di kawasan Al-Remal, Bandar Gaza, pada 7 November 2026. Keadaan itu menambah penderitaan penduduk Gaza yang berdepan musim sejuk tanpa tempat perlindungan mencukupi, ketika 53 negara dan pertubuhan antarabangsa mendesak Israel melonggarkan sekatan bantuan kemanusiaan.
DuniaNov 13, 2026 | 11:15 AM

53 negara desak Israel buka laluan bantuan ke Gaza

NEW YORK: Sebanyak 53 negara dan pertubuhan antarabangsa menggesa pemerintah baharu Israel supaya segera menarik balik sekatan terhadap kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza, ketika jutaan rakyat Palestin berdepan ancaman musim sejuk tanpa tempat perlindungan, bekalan perubatan dan bahan api yang mencukupi.

Desakan yang dikemukakan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 12 November itu menyusuli kebimbangan bahawa keadaan kemanusiaan di Gaza...

https://www.beritaharian.sg/singapura/pub-cuba-kenderaan-pengepam-kawalan-jauh-tangani-banjir-lebih-pantas
Play Video

Abdul El-Sayed cipta sejarah, Muslim pertama dipilih ke Senat AS
Play Video

Pelaburan $28b di JS-SEZ dilulus, potensi cipta lebih 28,000 kerja
Play Video

PM Wong: Pemerintah PAP mesti rancang masa depan, buat pilihan sukar demi S'pura
Play Video

Harga elektrik dijangka tidak banyak terjejas akibat potongan gas dari Indonesia
Play Video