Sedang rakan sebayanya mungkin menghabiskan cuti sekolah dengan bermain permainan video atau bersiar-siar, Rumi Rangkayo Noorman, sembilan tahun, memilih untuk menceburi sesuatu yang berbeza.
Ditemani bapanya, Encik Mohammed Noorman Mubarak, atlet cilik tersebut mengembara selama 14 hari, dari 31 Mei hingga 13 Jun, ke bumi Dagestan, Russia, untuk menguji keupayaan diri menentang jaguh-jaguh muda tempatan dalam sukan gusti atau ‘grappling’.





