Niat murni seorang wanita membantu seorang balu berusia 71 tahun yang mengalami demensia teruk untuk pulang ke rumah bertukar tragedi, selepas suami wanita berkenaan berulang kali mencabul kehormatan dan merogol warga emas tersebut.
Perbuatan keji tertuduh, Mohamad Zakir Jaafar, terbongkar selepas salah seorang anak lelaki mangsa memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah ibunya, yang merakam salah satu kejadian...





