JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor komited untuk memperkukuh kerjasama strategik dengan Perbadanan Islam Johor (PIJ) serta anak-anak syarikatnya.
Inisiatif itu bertujuan memacu pembangunan ekonomi Islam dan industri halal, sekali gus memastikan rakyat dapat meraih manfaat yang lebih berkesan.





