Kelab Lion City Sailors memperkukuh serangan mereka dengan menandatangani pemain penyerang kelahiran Perancis, Matthias Phaeton, dari kelab divisyen tertinggi Bulgaria, CSKA Sofia dalam satu kenyataan media pada 28 Julai.
Pemain berusia 26 tahun itu menyertai kelab juara Liga Perdana Singapura (SPL) itu menerusi kontrak tiga tahun menjelang musim SPL 2026-27 yang bermula pada 11 September.





