KUALA TERENGGANU: Niat murni seorang kanak-kanak berusia empat tahun menghadiahkan sebiji durian kepada guru kesayangannya pada hari terakhir guru itu bertugas mencuit hati ramai warganet selepas ibunya berkongsi kisah tersebut di wadah Threads.
Dalam hantaran Threads beliau pada 22 Julai, Cik Nur Syazwani Alia Hassan Basri, 29 tahun, berkongsi bagaimana anak keduanya, Affan Maleeq Muhammad Irsyaduddin, tanpa teragak-agak memilih durian...





