Taman Warisan Melayu (TWM) telah menerima hampir 100,000 pengunjung, terdiri daripada pelawat dari dalam dan luar negara, sejak ia dibuka semula pada hujung April 2026.
Bagi menggalak orang ramai datang ke TWM berulang kali, pusat warisan itu bercadang untuk terus menyegarkan gabungan program yang ditawarkan, melalui gandingan festival dan acara awam lebih besar dengan bengkel, ceramah, lawatan dan kegiatan pimpinan...





