DHAKA: Hubungan diplomatik antara Bangladesh dengan India kembali tegang selepas Dhaka mengecam tindakan New Delhi yang membenarkan bekas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, mengadakan sidang media secara langsung dari India.
Pemerintah Bangladesh menyifatkan tindakan itu sebagai langkah yang menjejaskan usaha memulihkan hubungan dua hala, selain mencetuskan kemarahan rakyat yang masih terkesan dengan peristiwa kebangkitan rakyat yang menamatkan pemerintahan Cik Hasina...





