CYBERJAYA: MALAYSIA dianggarkan kehilangan kira-kira RM70 bilion ($20.9 bilion) setiap tahun dalam bentuk hasil cukai daripada aktiviti perniagaan yang tidak didaftarkan dan kegiatan haram, dikenali sebagai ekonomi bayangan.
Jumlah itu kira-kira 20 peratus daripada anggaran keseluruhan pendapatan ekonomi bayangan bernilai RM350 bilion setahun. Nilai itu adalah 30 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP).





