Anthropic, syarikat penyelidikan dan produk kecerdasan buatan (AI) dari Amerika Syarikat, dijangka membuka sebuah pejabat di Singapura pada Oktober, menjadikannya pejabat AI kelimanya di rantau Asia-Pasifik, selepas Tokyo, Bengaluru, Seoul dan Sydney.
Pejabat baharu itu bakal terletak di Raffles Place, kata syarikat tersebut kepada The Straits Times (ST).




