JOHOR BAHRU: Pergerakan Pemuda Umno Malaysia mengecam gesaan Naib Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Johor, Senator Sheikh Umar Bagharib Ali, supaya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur sebagai Presiden Umno dan dilucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Naib Ketua Pemuda Umno, Encik Mohd Hairi Mad Shah, berkata urusan kepimpinan parti itu mesti ditentukan oleh ahlinya mengikut perlembagaan dan proses pemilihan...





