SEKITAR 6,000 flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan dibina di tapak Keppel Club, yang kini sebuah padang golf, dengan projek Bina Ikut Tempahan (BTO) yang pertama akan dilancar dalam tempoh tiga tahun akan datang. Estet HDB itu akan mempunyai empat kawasan hijau utama yang akan berfungsi sebagai habitat dan penghubung ekologi antara Southern Ridges dengan Hutan Simpanan Labrador, kata...





