WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden - yang mengikrarkan sikap telus menyentuh kewangan peribadinya semasa menjawat jawatan itu - dan isteri, Cik Jill Biden, melaporkan pendapatan lebih AS$600,000 ($814,440) bagi taksiran cukai persekutuan untuk 2021, lapor Rumah Putih, kelmarin.
Pasangan pertama Amerika itu membayar cukai sebanyak AS$150,439 untuk pendapatan berjumlah AS$610,702, pada kadar cukai 24.6 peratus.





