WASHINGTON: Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata ia menjangkakan untuk mengemukakan permintaan bantuan kewangan kecemasan berjumlah AS$1.4 bilion ($1.9 bilion) daripada Ukraine kepada lembaga pengarahnya untuk dipersetujui seawal minggu depan, selain mendedahkan ia sedang mengadakan perbincangan mengenai pilihan-pilihan pendanaan dengan negara jiran Ukraine, Moldova.
Dalam kenyatannya, IMF berkata peperangan di Ukraine telah pun mengakibatkan kenaikan harga tenaga dan lain-lain barangan, serta...





