SEJAK dua tahun lalu, ragbi - iaitu sukan lasak dan memerlukan sekurang-kurangnya tujuh pemain dalam setiap pasukan - hilang menyepi daripada dimainkan di padang-padang di Singapura ekoran sekatan ketat Covid-19 yang ditetapkan di sini.
Namun begitu, pandemik tidak mematahkan semangat Jawatankuasa Pembangunan Wanita (WDC) di bawah Kesatuan Ragbi Singapura (SRU) daripada meneruskan misi mereka untuk membangunkan generasi seterusnya pemain ragbi...





