PEMAIN pertahanan veteran Singapura Baihakki Khaizan telah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia bola sepak selepas 18 tahun membina kerjaya profesional dalam sukan itu.
Baihakki, 38 tahun, yang beraksi secara profesional buat julung-julung kali bersama Geylang United pada 2003, mengumumkan persaraannya semalam - tarikh sama dengan ulang tahun beliau - dalam satu pos berbentuk video di Instagram.





