KUALA LUMPUR: Pelukis mural, Syamsul Haffiz Addenno, 30 tahun, bertuah dapat melukis lukisan wajah ikonik, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad pada dinding bangunan berhampiran di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.
Lokasi sama juga menjadi saksi Penghibur Nombor Satu Asia itu mengadakan Konsert Chow Kit Road pada 14 April 1986 dengan kehadiran 100,000 penonton yang terdiri dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat.






