Dari Gombak, Selangor - KESEMUA 222 kerusi Parlimen akan ditandingi, dengan kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Malaysia rasmi bermula semalam menyusuli penamaan calon.
Kempen sengit boleh dijangkakan sepanjang 14 hari menjelang hari mengundi pada 19 November, dengan hari penamaan calon semalam memperlihat pertandingan yang menampilkan beberapa tokoh politik utama berentap dalam pertembungan beberapa penjuru di banyak kawasan Parlimen.





