YAYASAN Rahmatan Lil Alamin (RLAF) akan menjadi hos bagi lawatan pembelajaran ke Singapura di bawah Program Kerjasama Singapura (SCP), kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Menerusi kerjasama antara RLAF dengan SCP, pemerintah Singapura akan menyokong usaha masyarakat Muslim di sini menjadi hos pertukaran antara masyarakat bagi menggalak amalan dan idea terbaik dengan negara lain...





