KUALA LUMPUR: Mayat juruterbang dan bangkai helikopter Eurocopter EC120B yang terhempas di Bidor, Perak, pada Ahad (11 September), ditemui berhampiran Kampung Kenangan pada 8.18 pagi keesokannya. Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Chester Voo, berkata pesawat pendaftaran N409HH itu ditemui oleh helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), RESCUE01, lapor Berita Harian Malaysia, Isnin (12 September)...





