AMMAN (Jordan): Lima orang maut selepas bangunan kediaman empat tingkat runtuh di ibu kota Jordan, Amman, kelmarin.
Usaha menyelamat sedang dijalankan untuk mencari mangsa yang terselamat.
AMMAN (Jordan): Lima orang maut selepas bangunan kediaman empat tingkat runtuh di ibu kota Jordan, Amman, kelmarin.
Usaha menyelamat sedang dijalankan untuk mencari mangsa yang terselamat.
Mulai 16 November, Singapura dan Malaysia akan meningkatkan kuota teksi rentas sempadan berlesen bagi setiap negara kepada 500 teksi, berbanding 300 teksi sekarang.
Dua pengendali khidmat tempahan kereta menerusi aplikasi, CDG Zig dan Kumpool, juga akan menyertai GrabCar sebagai pengendali berlesen di bawah Skim Teksi Rentas Sempadan yang dipertingkatkan itu.
JAKARTA: Indonesia mahu menghentikan amalan mengeksport hasil buminya, termasuk minyak sawit mentah (CPO), melalui negara jiran dan sebaliknya menjual terus kepada pembeli di pasaran antarabangsa bagi mengelakkan kerugian berbilion rupiah.
Langkah itu bertujuan memastikan Indonesia memperoleh pulangan lebih tinggi daripada sumber aslinya, selain mengukuhkan kawalan terhadap perdagangan komoditi utama seperti minyak sawit, nikel dan timah.
JAKARTA: Pemerintah Indonesia mendakwa proses pengambilan 18 kanak-kanak warga negaranya sebagai anak angkat di Singapura tidak sah kerana melanggar undang-undang negara itu, selain dipercayai membabitkan sindiket pemerdagangan manusia yang memalsukan identiti mangsa.
Lebih membimbangkan, kanak-kanak terbabit sebenarnya berasal daripada keluarga di Jawa Barat, tetapi dokumen pengenalan diri mereka dipercayai dipalsukan bagi menunjukkan mereka sebagai penduduk Kalimantan Barat.
SAO PAULO (Brazil): Juara dunia baharu Formula Satu (F1), Kimi Antonelli, berkata beliau menganggap baki perlumbaan musim ini sebagai titik permulaan kempennya bagi mempertahankan kejuaraan tahun depan (2027).
Pelumba Mercedes itu muncul juara dunia F1 termuda dalam sejarah dalam penampilan musim keduanya – selepas mengesahkan kejuaraan di Grand Prix (GP) Mexico City hujung minggu lalu.
WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Encik Donald Trump, mengadakan rundingan sulit dengan Iran bagi menghantar pulang warga negara itu yang berada di Amerika, meskipun kedua-dua negara masih terlibat dalam peperangan.
Perkara itu didedahkan menerusi dokumen mahkamah yang dibuka kepada umum pada 5 November, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keselamatan warga Iran yang bakal dihantar pulang ke negara asal mereka.





