SEORANG lelaki muda yang didakwa membawa senjata, termasuk pembalut buku jari yang disembunyikan dalam seluar dalamnya, diheret ke mahkamah selepas polis mengejar dan memberkasnya di Bencoolen Street Selasa lalu (13 September).
Pagi tadi (15 September), Mohamed Danish Amsyar Ai Amran, 21 tahun dikenakan empat tuduhan bagi kesalahan termasuk memiliki pembalut buku jari berwarna kelabu dan sebatang baton yang boleh dipanjangkan...



