NEW YORK: Pemimpin dunia semalam menggesa agar usaha dipertingkatkan bagi menangani isu kekurangan bekalan makanan, dengan kebimbangan hasil tuaian berada di tahap terburuk tahun depan, disebabkan perang Russia-Ukraine.
Di sisi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), para menteri dari Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, Kesatuan Afrika dan Sepanyol telah bertemu bagi membincangkan soal kekurangan bekalan makanan yang dilihat sebagai faktor utama...





