GAZA: Ketika rakyat Israel keluar mengundi untuk menentukan pemerintah baru, penduduk Palestin di Gaza dan Tebing Barat hanya mampu memerhatikan perkembangan itu dengan penuh keraguan, mempersoalkan sama ada perubahan kepimpinan Israel benar-benar dapat menamatkan penderitaan mereka.
Bagi rakyat Palestin yang telah bertahun-tahun hidup dalam peperangan, kehilangan tempat tinggal dan sekatan pergerakan, persoalan utama bukan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri...





