NICOSIA (Cyprus): Presiden Palestin, Encik Mahmoud Abbas, berharap pembentukan pemerintah baru Israel selepas pilihan raya pada 27 Oktober dapat membuka jalan kepada penyambungan semula rundingan damai antara kedua-dua pihak yang telah terhenti sejak sekian lama.
Beliau menegaskan bahawa Palestin sentiasa bersedia mengadakan dialog dengan Israel bagi mencari penyelesaian politik yang membolehkan kedua-dua negara hidup dalam keadaan aman, selamat dan stabil.





