PARIS: Seorang lelaki yang disyaki membunuh seorang individu dan mencederakan tujuh yang lain dalam siri serangan tembakan berhampiran Paris mengaku sengaja menyasarkan orang Islam serta individu berketurunan Afrika dan Afrika Utara.
Suspek berusia 39 tahun, yang hanya dikenal pasti sebagai Kevin T., turut mengakui telah merancang serangan itu lebih awal dan memilih kawasan yang mempunyai ramai penduduk Islam serta pendatang...





