JAKARTA: Naib Presiden Indonesia, Encik Gibran Rakabuming Raka, berdepan desakan baru supaya meletak jawatan selepas Mahkamah Agung membatalkan sijil pengiktirafan kelayakan pendidikan luar negara yang digunakannya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden 2024.
Keputusan itu mencetuskan persoalan mengenai kesahihan kedudukan Encik Gibran sebagai Naib Presiden, dengan beberapa ahli Parlimen dan pakar undang-undang berpendapat beliau tidak memenuhi syarat pendidikan minimum yang...





