KAHERAH: Liga Arab menggesa siasatan antarabangsa yang bebas dan telus dijalankan terhadap dakwaan penyeksaan serta penderaan sistematik ke atas tahanan Palestin dari Gaza di Penjara Ramla, Israel, selepas beberapa banduan dilaporkan mengalami kecederaan dan melecur akibat serangan berulang oleh pengawal penjara.
Pertubuhan itu turut menuntut pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan, sambil menyifatkan perbuatan tersebut sebagai pencabulan serius undang-undang...





