Lama tidak muncul dalam industri hiburan, penyanyi Faizal Ramly menegaskan beliau tidak pernah berhenti menyanyi sejak menjuarai program Akademi Fantasia 4 (AF4) pada 2006.
Menurut Faizal, 42 tahun, beliau masih aktif menerima tawaran persembahan, namun kebanyakan kegiatan seninya tertumpu di Terengganu, Malaysia, yang menjadi tempat tinggalnya selama lebih sedekad.





