JAKARTA: Tiga jemaah cedera selepas diserang seorang lelaki bersenjatakan kapak dan pisau belati ketika menunaikan solat Subuh di sebuah masjid di Jakarta Timur, Indonesia, pada 8 November.
Serangan di Masjid Darul Ma’arif, Pondok Kelapa, Duren Sawit, sekitar 4.15 pagi itu mencetuskan kekecohan apabila suspek bertindak menyerang jemaah yang cuba memadamkan kebakaran di bahagian hadapan masjid.





