BRUSSELS: Lebih 100 pertubuhan masyarakat sivil dan hak asasi manusia menggesa Presiden Parlimen Eropah, Cik Roberta Metsola, mengecam kenyataan berbaur kebencian dan Islamofobia yang didakwa dibuat beberapa anggota Parlimen ketika membahaskan pengaruh Islam dalam institusi politik Eropah.
Gesaan itu dibuat menerusi surat terbuka yang turut disokong Amnesty Antarabangsa dan beberapa pertubuhan antiperkauman, susulan perbahasan Parlimen Eropah pada 7 Oktober lalu...





