Bagi Encik Muhammad Nasrullah Tajudeen, 27 tahun, masjid bukan tempat beribadah saja, bahkan sebuah institusi penting dalam membentuk generasi muda berilmu, berkemahiran dan bersedia memikul tanggungjawab bagi masyarakat.
Sebagai ahli Lembaga Pentadbir Masjid (LPM) Alkaff Kampung Melayu yang menerajui kumpulan fokus belia sejak kira-kira satu setengah tahun lalu, beliau membawa aspirasi melihat lebih ramai anak muda bukan solat di masjid...





