BANGUNAN baru lima tingkat Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI) yang menawarkan kemudahan dan prasarana terkini bagi melengkapi kurikulum berasaskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), dilancarkan secara rasmi pada Sabtu (27 November).
Kampus baru di Lorong 6 Toa Payoh itu berdiri bersebelahan bangunan lamanya yang kini sudah dirobohkan.





