Masyarakat Singapura perlu terus meneroka pendekatan kreatif dan menarik bagi mendekati pelbagai lapisan masyarakat agar mereka berpeluang mengenali, menghayati dan menghargai kekayaan bahasa serta budaya Melayu.
Ini dapat dilakukan melalui kerjasama erat dengan rakan kerja lain untuk memperkenalkan idea baharu dan mewujudkan pengalaman yang lebih bermakna bagi para penonton dan peserta, kata Menteri Negara (Ehwal Luar merangkap Ehwal Dalam Negeri),...





