AGENSI Sekitaran Kebangsaan (NEA) mengambil tindakan ke atas 84 individu sedang ia mempertingkatkan langkah penguatkuasaan ke atas mereka yang melanggar langkah pengurusan selamat di pusat penjaja sejak Jumaat lalu (8 Oktober) hingga Ahad (10 Oktober).
Kesalahan yang dilakukan termasuk berhimpun dalam kumpulan melebihi dua orang, tidak mengekalkan jarak selamat satu meter, tidak menggunakan pelitup atau menariknya ke bawah, jelas NEA...





