PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan Malaysia semalam membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara bermula 20 Oktober sehingga 22 November ini.
Ia bagi membolehkan bekas perdana menteri itu melawat anak perempuannya, Cik Nooryana Najwa, yang kini berada di Singapura dan bakal melahirkan anak kedua pada November ini.





