Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

10 pelajar IB, Program Bersepadu sertai program kejururawatan NUS: Rahayu

Jul 06, 2023 | 05:20 PM



Seramai 10 pelajar daripada Program Diploma International Baccalaureate (IB) dan Program Bersepadu (IP) telah diterima masuk ke dalam program ijazah kejururawatan Universiti Nasional Singapura (NUS) sepanjang tiga tahun lalu.

Lagi lima pelajar daripada kedua-dua kursus itu telah diterima masuk ke dalam program diploma kejururawatan di Politeknik Nanyang dan Ngee Ann.

Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, berkata di Parlimen pada Rabu bahawa kebanyakan pelajar telah memasuki dua politeknik itu selepas menamatkan pengajian Tahun 4 mereka.

“Institut pengajian tinggi kita akan menilai semua pemohon bagi kursus kejururawatan secara menyeluruh, dengan mengambil kira prestasi akademik dan kesesuaian kursus,” tambahnya.

Singapura kini berusaha mengembangkan tenaga kerja kejururawatannya sedang ia bergelut dengan penduduk yang semakin tua. Ia berharap untuk mendapatkan bilangan jururawat asing yang mencukupi bagi menyokong jururawat tempatan menjaga warga emas.

Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, pada Oktober 2022 berkata jururawat, karyawan kesihatan bersekutu dan kakitangan penjagaan sokongan diperlukan untuk mengendalikan hospital, klinik dan pusat jagaan warga emas.

Ini bermakna bilangan kakitangan penjagaan kesihatan perlu naik daripada 58,000 kini kepada 82,000 menjelang 2030.

Pelajar IB dan IP yang berminat dengan kerjaya kejururawatan digalak membuat permohonan bagi kursus diploma kejururawatan politeknik berdasarkan gred Tahun 4 mereka, atau program ijazah kejururawatan NUS berdasarkan gred Tahun 6 mereka, kata Cik Rahayu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Encik Yip Hon Weng (GRC Yio Chu Kang) mengenai bilangan pelajar daripada kedua-dua program IB dan IP yang diterima masuk ke dalam program kejururawatan di institut pengajian tinggi tempatan.

Seorang jurucakap Kementerian Kesihatan (MOH) berkata kejururawatan terus menjadi pilihan kerjaya yang popular dalam kalangan golongan muda, dan pengambilan di institut pengajian tinggi (IHL) telah berkembang dari semasa ke semasa.

“Buat masa ini, sekitar 2,100 pelajar mendaftar dalam kursus kejururawatan di IHL kami setiap tahun, bersamaan dengan sekitar satu dalam 25 pelajar IHL yang memilih kursus kejururawatan,” tambahnya.

MOH Holdings dan majikan penjagaan kesihatan mendampingi pelajar sekolah menengah dan maktab rendah, termasuk mereka yang berada dalam program IB dan IP, mengenai peluang kerjaya dalam kejururawatan dan sektor penjagaan kesihatan yang lebih luas, dan menggalakkan pelajar yang berkebolehan untuk mengikuti kursus penjagaan kesihatan di peringkat yang lebih tinggi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >