Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

159 saman dikeluarkan dalam operasi lima hari Polis Trafik

Nov 25, 2023 | 07:03 PM



Polis Trafik telah menangkap tiga individu dan mengeluarkan 159 saman dalam operasi lima hari di serata Singapura.

Tindakan penguatkuasaan yang berlangsung dari 13 hingga 17 November itu disasarkan pada pelbagai kesalahan jalan raya, kata polis dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Kesalahan itu meliputi perbuatan memandu laju dan melanggar lampu merah hingga kesalahan tidak menggunakan tali pinggang keledar, menggunakan peranti mudah alih semasa memandu dan isu berkaitan penggunaan topi keledar.

Dua pemandu kenderaan ditahan kerana memandu tanpa lesen dan perlindungan insurans yang sah.

Pemandu ketiga yang ditahan pula sudah lama dikehendaki melaporkan diri kepada pihak berkuasa kerana gagal hadir di mahkamah atas beberapa kesalahan jalan raya yang tertunggak.

Ini termasuk mengabaikan lampu merah, memandu cuai, tidak memakai tali pinggang keledar, membenarkan orang tidak berlesen memandu dan gagal berhenti selepas kemalangan.

Polis mengingatkan pemilik kenderaan supaya memastikan pemandu yang menggunakan kenderaan mereka memegang lesen yang sah.

Ini boleh disahkan di laman web Pasukan Polis Singapura (SPF).

Jika anda membenarkan individu tidak berlesen memandu, anda boleh didenda sehingga $10,000, penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Pesalah berulang mungkin berdepan hukuman yang lebih berat, termasuk denda sehingga $20,000 dan hukuman penjara sehingga enam tahun.

Pemandu kenderaan juga boleh menyemak saman trafik tertunggak dalam talian.

Mengabaikan saman ini boleh menyebabkan waran tangkap dikeluarkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >