Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

360 bas awam elektrik dikerah mulai Dis 2024

LTA anugerahkan kontrak $166.4 juta kepada dua syarikat, yang terbesar diberi bagi bas sedemikian
Nov 25, 2023 | 08:14 PM



Sebanyak 360 bas elektrik baru akan ditambah kepada jumlah bas awam selepas Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) memberikan kontrak bernilai $166.4 juta kepada dua syarikat.

Menurut laporan The Straits Times (ST), jumlah tersebut merupakan pembelian terbesar bagi jenis bas sedemikian di sini.


Bagi menyokong pelancaran kenderaan yang dikuasakan oleh bateri itu, dua lagi kontrak bernilai $46.1 juta turut diberikan bagi penggunaan sistem pengecasan di depoh bas yang sedang dibina di Sengkang West, East Coast dan Gali Batu.

Pembelian terbaru itu akan menjadikan jumlah keseluruhan bas awam yang menggunakan bateri di sini meningkat kepada 420 bas, iaitu kira-kira tujuh peratus daripada jumlah yang ada kini.

LTA sebelum ini telah membeli 60 bas elektrik pada 2018 dengan harga sekitar $50 juta sebagai sebahagian daripada skim perintis untuk menguji teknologi baru itu.

Pemberian kontrak baru tersebut adalah sebahagian usaha pemerintah merombak bas awam Singapura supaya separuh daripadanya menggunakan bateri menjelang 2030.

Mengumumkan pembelian bas baru itu pada Sabtu, Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, berkata: “Lebih ramai penumpang akan menikmati perjalanan yang lebih bersih dan senyap.”

Beliau berkata demikian semasa berucap pada edisi ketiga peraduan Singapore BusTech Grand Challenge dan Railtech Grand Challenge – yang julung-julung kali diadakan – di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Barat di Chua Chu Kang.


Tambahnya, proses penggunaan elektrik bagi bas awam adalah penting bagi mengurangkan pelepasan daripada sektor pengangkutan darat, yang kini menyumbang 15 peratus daripada pelepasan karbon dioksida yang dihasilkan Singapura.

“Sasaran kami adalah untuk mencapai pelepasan bersih menjelang 2050.

“Masih ada masa lagi, tetapi kita perlu mula sekarang. Kita tidak boleh tunggu dan tidak berbuat apa-apa,” ujarnya.

LTA berkata bas elektrik baru akan digunakan secara progresif untuk perkhidmatan penumpang mulai Disember 2024 bagi menggantikan bas diesel yang mencapai penghujung jangka hayat selama 17 tahun.

LTA tidak menyatakan bila kesemua 360 bas baru itu akan digunakan sepenuhnya.

Daripada 360 bas elektrik baru yang dibeli dalam tender terkini, 240 daripadanya akan dibekalkan oleh pembuat kereta BYD dari China dengan jumlah kontrak bernilai $108.1 juta.

Syarikat itu kini sudah mempunyai 20 bas elektrik model K9 yang digunakan sebagai bas awam di sini dan ia akan menggunakan bas model B12 bagi tender terkini.

Kontrak lain diberikan kepada Cycle & Carriage Automotive, yang bekerjasama dengan pengeluar kenderaan dari China, Zhongtong Bus, bagi membekalkan 120 bas elektrik pada harga $58.3 juta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >