Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

5 pengarah NTUC dilantik penolong setiausaha agung

Dec 01, 2023 | 07:19 PM



Jawatankuasa Pusat Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) telah mengesahkan pelantikan lima pengarahnya sebagai penolong setiausaha agung baru kesatuan itu.

Mereka ialah Mayor CDC North East dan Anggota Parlimen (AP) GRC Tampines, Encik Desmond Choo; AP SMC Pioneer, Encik Patrick Tay; AP GRC Tanjong Pagar, Encik Melvin Yong; AP GRC Pasir Ris-Punggol, Cik Yeo Wan Ling; dan Cik Caryn Lim.

Pelantikan baru itu adalah sebahagian usaha NTUC untuk membangun dan memperbaharui pasukan kepimpinannya untuk empat tahun mendatang.

Matlamat tersebut dinyatakan dalam Persidangan Perwakilan Kebangsaan NTUC 2023 pada 22 hingga 23 November.

NTUC berkata pengetahuan dan pengalaman kolektif kumpulan pemimpin ini dalam membantu pekerja di tempat kerja mereka dan membina hubungan tiga pihak selama bertahun-tahun “akan memperkukuhkan keupayaan organisasi Pergerakan Buruh”.

“Ini penting untuk membolehkan NTUC kekal relevan dan mewakili tenaga kerja yang pelbagai dan semakin berkembang bagi menguatkan kompak sosial bersama pekerja,” kata NTUC dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tugas penolong setiausaha agung termasuk menyokong Jawatankuasa Pusat yang baru dalam mencapai matlamat Pergerakan Buruh.

“Mereka akan terus berkhidmat kepada Pergerakan Buruh mengikut portfolio mereka buat masa ini ketika mereka mengembangkan rangkaian produk dan khidmat mereka untuk memenuhi keperluan pekerja yang semakin berkembang,” tambah NTUC.

Encik Choo, 45 tahun, ialah pengarah bahagian dasar di NTUC, yang mengawasi dasar ekonomi dan sosial, strategi perhubungan dan hal ehwal antarabangsa.

Beliau juga merupakan setiausaha eksekutif Kesatuan Pekerja Telekom Singapura dan penasihat kepada Jawatankuasa Muda NTUC.

Encik Tay, 52 tahun, ialah pengarah jabatan strategi, dan pemangku pengarah untuk perkhidmatan guaman di NTUC.

Beliau juga adalah setiausaha eksekutif Kesatuan Pekerja Manual dan Dagangan Singapura, dan Pekerja Bersatu Industri Elektronik dan Elektrik.

Encik Yong, 51 tahun, ialah pengarah bahagian penjagaan di NTUC dan setiausaha eksekutif Kesatuan Pekerja Pengangkutan Kebangsaan.

Cik Yeo, 47 tahun, ialah pengarah U SME dan U Wanita dan Keluarga. 

Beliau juga ialah penasihat Persatuan Teksi Kebangsaan dan Persatuan Kenderaan Sewa Privet.

Cik Lim, 48 tahun, pula ialah ketua pegawai eksekutif Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) NTUC.

Sebelum memimpin e2i, beliau ialah pengarah Unit Dasar Ekonomi dan Sosial NTUC.

Pada Khamis, tiga karyawan Melayu telah dipilih untuk menduduki Jawatankuasa Pusat NTUC bagi penggal baru 2023 hingga 2027.

Ketiga-tiga mereka, Encik Abdul Samad Abdul Wahab, 51 tahun; Encik Sazali Zainal, 50 tahun; dan Cik Noor Irdawaty Jammarudin, 40 tahun, adalah pemimpin mapan kesatuan sekerja.

Encik Abdul Samad menyandang jawatan naib presiden NTUC sementara Encik Sazali dan Cik Irdawaty merupakan anggota jawatankuasa pusat kesatuan tersebut.

Mereka merupakan sebahagian Jawatankuasa Pusat seramai 22 anggota yang baru dilantik, dengan Cik K Thanaletchimi dipilih sebagai Presiden baru NTUC.

Encik Ng Chee Meng kekal sebagai Setiausaha Agung NTUC, manakala Encik Desmond Tan, Cik Cham Hui Fong dan Encik Heng Chee How menyandang jawatan Timbalan Setiausaha Agung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >