Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

5 perkara penting dalamKenyataan Menteri PM Lee

Aug 02, 2023 | 07:53 PM



1) “Saya patut bertindak lebih awal”

Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata apabila difikirkan semula, selepas mengetahui tentang hubungan sulit antara Encik Tan Chuan-jin dengan Cik Cheng Li Hui, beliau sepatutnya “bertindak terhadap isu itu lebih awal” daripada “terlalu memikirkan” untuk melindungi keluarga mereka.

2) Tindakan parti bergantung kepada beberapa faktor

Menurut PM Lee, cara Parti Tindakan Rakyat (PAP) bertindak bergantung kepada beberapa faktor: Keadaan, sejauh mana tidak wajar atau serius perbuatan tersebut dan keadaan keluarga.

Parti itu juga harus sedar terhadap kesannya ke atas pihak lain, terutama sekali pasangan dan anak, tambah PM Lee.

3) Tiada satu pencontoh (template) untuk menangani isu hubungan sulit

Terdapat sekurang-kurangnya tiga situasi, menurut PM Lee.

Dalam situasi pertama di mana individu terbabit dinasihatkan dan jika mereka menghentikan hubungan itu, ia berakhir ketika itu dan tiada tindakan lanjut diambil.

Situasi kedua, di mana tindakan segera harus diambil. Sebagai contoh, apabila satu pihak mempunyai kuasa penyeliaan ke atas pihak lain.

Situasi ketiga, di mana hubungan itu menimbulkan persoalan terhadap perbuatan yang tidak wajar, selain hubungan sulit, sebagai contoh. Pihak terbabit akan dinasihatkan, namun perkara itu tidak berakhir ketika itu.

4) Perkhidmatan awam sebagai rujukan bagi kes Iswaran

Disebabkan insiden yang melibatkan menteri tidak sering berlaku, PM Lee berkata tiada peraturan atau tindakan yang ditetapkan sebelum ini tentang bagaimana mengenakan larangan terhadap seorang pemegang jawatan dalam politik.

Oleh itu, beliau menggunakan perkhidmatan awam sedia ada sebagai rujukan bagi kes Menteri Pengangkutan S Iswaran

5) Gaji Iswaran dikurangkan kepada $8,500 sebulan

Menurut Divisyen Perkhidmatan Awam, setakat 2023, tanda aras bagi pendapatan bulanan menteri adalah $55,000, dan boleh mencapai sehingga $1.1 juta setahun.

Encik Iswaran sudahpun dilarang bertugas dengan gaji yang dikurangkan kepada S$8,500 sebulan sehingga notis lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >