Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

8 sorotan utama Rapat Hari Kebangsaan

Aug 21, 2023 | 05:47 PM



Berikut adalah lapan perkara yang dibentangkan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, semasa Rapat Hari Kebangsaan pada Ahad:

1. Rangka kerja baru bagi penjualan flat HDB – Standard, Plus dan Perdana

Rangka kerja baru akan diperkenalkan untuk projek flat awam Bina Ikut Tempahan (BTO) mulai separuh kedua 2024. Projek ‘Standard’ ialah flat yang diberikan subsidi, peraturan penjualan biasa Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan tempoh penginapan minimum (MOP) selama lima tahun. Model ‘Plus’ diberikan lebih banyak subsidi tetapi akan dikenakan syarat jualan semula yang ketat, termasuk MOP selama 10 tahun. Projek ‘Perdana’ menawarkan paling banyak subsidi tetapi dikenakan syarat jualan semula paling ketat, termasuk MOP selama 10 tahun.

2. Pakej Majulah $7 bilion bantu warga berusia 50 tahun ke atas hadapi persaraan

Pakej ini buat mereka yang dilahirkan pada 1973 atau lebih awal. Sekitar 1.4 juta orang dijangka bermanfaat daripada pakej ini.

Pakej ini merangkumi tiga komponen – membantu membangunkan simpanan CPF semasa individu itu masih bekerja menerusi bonus CPF sejumlah $1,000 setiap tahun bagi pekerja bergaji rendah dan pertengahan; menawarkan Bonus Simpanan Persaraan sejumlah $1,500 bagi mereka yang belum mencapai Jumlah Persaraan Asas; dan memberikan Bonus MediSave berjumlah $1,000 yang diberikan sekali sahaja.

3. Sokongan kewangan sementara untuk pekerja yang diberhenti tingkat kemahiran

Sokongan kewangan sementara ini dapat mengurangkan tekanan kewangan individu dan memberi mereka peluang untuk mempertingkat kemahiran.

4. Pemerintah kaji jika sokongan lanjut perlu untuk kurangi kesan kenaikan GST

Encik Lee berkata beliau yakin Pakej Jaminan membantu isi rumah mengimbangi kesan kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) daripada 8 hingga 9 peratus mulai 1 Januari 2024.

5. Rumah dan kawasan kejiranan mesra warga emas

HDB akan sedia lebih banyak ciri mesra warga emas di kawasan perumahan awam di bawah skim penambahbaikan yang dipanggil program Peningkatan Bagi Warga Emas Aktif 2.0 (Ease 2.0).

6. Perluas rangkaian pusat penuaan aktif

Perdana Menteri galak warga emas sertai pusat penuaan aktif terdekat agar kekal cergas. Ia sebahagian daripada program kebangsaan ‘Sihat Menua SG’ yang baru.

7. Peralihan kepimpinan kembali ikut jadual

Isu kontroversial yang membelenggu parti pemerintah tidak akan melengahkan rancangan pembaharuan kepimpinan, kata Encik Lee. Tugasnya sekarang adalah memberi sokongan kepada pasukan pemimpin 4G (Generasi Keempat) supaya mereka boleh mengambil alih tampuk kepimpinan negara.

8. Pegang teguh kepada asas kewibawaan dan tolak rasuah

Nilai kewibawaan dan menolak rasuah adalah asas bagi pemimpin Singapura menjalankan tugas dan memerintah secara bersih dan berkesan, serta memberikan hasil kepada rakyat Singapura, kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >