Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

pandangan

$8,500 dan garisan pemisah antara betul dan salah dalam politik

Aug 09, 2023 | 05:30 AM



PM Lee Hsien Loong telah menyampaikan kenyataan menteri di Parlimen minggu lalu untuk menerangkan kepada orang ramai mengenai dua perkara yang berlaku – hubungan sulit antara mantan Speaker Parlimen dan mantan Anggota Parlimen (AP) serta penangkapan dan siasatan CPIB ke atas Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran.

Apabila beliau mendedahkan secara terbuka bahawa Encik Iswaran masih menerima gaji sebanyak $8,500 sebulan, saya berasa hairan seperti ramai orang lain.

Percaturan politik sebalik pendedahan gaji Iswaran

$8,500 sebulan merupakan jumlah yang besar bagi kebanyakan rakyat Singapura kerana ia lebih tinggi daripada gaji bulanan median Singapura iaitu sebanyak $5,070 pada 2022. Dalam erti kata lain, ia lebih daripada gaji yang diterima oleh separuh pekerja Singapura.

Baru-baru ini, orang ramai sibuk membincangkan tentang tanggapan politik. Kenapa seorang ahli politik yang berpengalaman seperti PM, secara sukarela mendedahkan sesuatu yang pasti akan memberi kesan negatif terhadap kerjaya politiknya.

Sebelum kita membincangkan sebab-sebab pendedahan PM secara sukarela mengenai gaji Encik Iswaran sebanyak $8,500 sedangkan tiada sesiapa pun yang bertanya, mari kita semak dulu bagaimana siri skandal politik telah ditangani dalam tempoh dua minggu yang lalu.

Bagi pihak parti pemerintah, PM telah mengumumkan perkara-perkara tersebut melalui kenyataan atau sidang media dan bukannya bertindak balas secara reaktif selepas kejadian-kejadian tersebut terbongkar.

Saya percaya bahawa ahli-ahli politik membuat percaturan politik.

Pada zaman ini, di mana tiada salah laku boleh disembunyikan, patutkah seseorang menangani sesuatu perkara sebelum ia didedahkan, atau hanya mencari jalan keluar setelah perkara tersebut dihebohkan?

Memilih waktu untuk menangani isu-isu merupakan satu ujian bukan sahaja tentang kepintaran politik, tetapi juga mempamerkan gaya politik yang tertentu.

Kami bukan sahaja membincangkan tentang sebarang ahli politik biasa tetapi pemimpin politik yang mesti membuat keputusan muktamad. Tidak kira sejauh mana tahap demokrasi sesebuah negara atau masyarakat itu, seorang pemimpin masih perlu dipilih melalui sistem demokratik dan mesti membuat pertimbangan dan keputusan muktamad pada saat-saat genting.

Khususnya, seorang pemimpin tidak boleh berkata “keputusan di tangan anda” apabila terdapat banyak pendapat dan tiada kata sepakat. Walaupun jika individu berkenaan mesti membuat keputusan atas sebab-sebab peribadi, berdasarkan prinsip, pemimpin berkenaan mesti menyokong keputusan ini dan tidak boleh berlepas tangan.

Terdapat soalan-soalan yang sering timbul: Berapa beratkah beban yang harus sistem politik pertanggungjawabkan ke atas pemimpinnya dan siapakah yang akhirnya akan menyelia sistem dan pemimpin tersebut?

Peribahasa Latin “Quis custodiet Ipsos Custodes?” (Siapakah yang akan memantau pemimpin ini) berasal daripada Juvenal, seorang penulis satira, penyair dan pesimis Rom purba terkenal yang hidup sekitar 500 CE (Tahun Masihi).


Peribahasa ini sering dianggap sebagai mencabar dan mempersoalkan sistem politik ideal yang dikemukakan oleh Socrates dan Plato.

Socrates dan Plato, yang hidup hampir 1,000 tahun sebelum Juvenal, percaya bahawa orang-orang yang paling rasional dan berakhlak mulia harus dipilih sebagai pemimpin dalam struktur tadbir urus yang ideal.

Para pemimpin tersebut mestilah berminat untuk belajar dan memiliki daya ingatan yang kuat, berani dan bersifat murah hati. Dibendung era mereka, kedua-dua ahli falsafah yang terkenal ini memperjuangkan tadbir urus oleh golongan elit.

Apabila ilmu pengetahuan dan pertimbangan bukan lagi keistimewaan hanya bagi golongan bangsawan, masyarakat dengan semula jadi akan bertanya pemimpinnya, siapa manusia dan bukan Tuhan, “Anda mempunyai kuasa ke atas saya tetapi siapa yang berkuasa ke atas anda?”

Oleh itu, walaupun seseorang itu mungkin tidak mengenali Juvenal, orang lain akan memikirkan soalan serupa “Siapakah yang akan memantau pemimpin itu?”

Memantau pemimpin

Amat perlu untuk mempersoalkan hal ini kerana ia membolehkan arkitek sistem tersebut menyemak kelemahan yang mungkin terdapat dalam sistem dan memperbaikinya hingga ke tahap optimum.

Walaupun CPIB melapor kepada PM, pengarahnya boleh membuat laporan langsung kepada Presiden jika PM tidak memberi keizinan kepadanya untuk menjalankan siasatan. Ini adalah sistem keselamatan berganda.

Jika Presiden juga membuat pertimbangan yang salah dan membiarkan sahaja kes-kes rasuah, maka itu merupakan keterbatasan dalam tadbir urus manusia, yang akhirnya masih boleh ditangani menerusi Pilihan Raya demokratik.

Persoalan “Siapakah yang akan memantau pemimpin itu?” telah wujud selama beribu tahun kerana belum ada jawapan yang standard. Jika para pemimpin gagal untuk mewujudkan satu sistem yang dapat mengawasi dirinya sendiri, masyarakat akan mendapati dirinya terjebak dalam kitaran yang tidak berkesudahan dan akhirnya semuanya tidak lagi bermakna.

Oleh itu, apabila ditanya berulang kali oleh para AP, PM dengan tegas menjawab bahawa Pengarah CPIB melaporkan kepadanya dan berkata sambil menahan perasaan bahawa Pengarah tersebut “tidak boleh melaporkan diri kepada Tuhan”.

Beliau juga telah memberi respons terhadap kritikan sekian lama parti pembangkang mengenai pemerintah yang “mengawasi dirinya sendiri”, dengan mempercayai bahawa keupayaan untuk menemukan masalah dalam diri sendiri dan membetulkannya adalah satu bentuk keberanian moral.

Konsep-konsep yang kelihatan abstrak ini akhirnya bergantung pada satu ciri penting sifat manusia iaitu kewibawaan. Dunia yang adil dan saksama mesti dipimpin oleh pemikiran rasional dan pemikiran rasional wujud dalam lingkaran kesedaran, ilmu dan kebijaksanaan manusia. Apabila ilmu dan kebijaksanaan tidak lagi dimonopoli oleh golongan sosial tertentu, apa yang membezakan mutu pemimpin yang baik dan kurang baik adalah kewibawaan.

Ahli-ahli politik mahu kita mempercayai mereka. Kita mendengar kata-kata mereka dan memerhatikan tindakan mereka. Kami mencari bukti kewibawaan mereka dalam tiga senario berikut tentang perkara-perkara yang melibatkan kepentingan awam.

Dalam senario pertama, anda tidak bersuara jika tiada siapa yang tahu. Ini adalah fitrah manusia dan kita sentiasa berharap bahawa perkara-perkara kecil tidak diperbesarkan. Ia tidak menjejas kepentingan awam jika perkara-perkara tersebut akhirnya diselesaikan. Walaupun ianya tidaklah seratus-peratus bermoral dan telus, ini bukan bermakna ianya kurang berwibawa.

Dalam senario kedua, anda secara sukarela mendedahkan sesuatu perkara sebelum ia diketahui ramai. Sedikit sebanyak, tindakan ini didorong oleh hati nurani kita. Sudah tentu, ia mungkin disebabkan rasa takut menghadapi akibat yang lebih serius sekiranya ia tidak didedahkan sekarang. Namun, melalui disiplin untuk mengkaji diri, ia mungkin masih dianggap bertindak dengan penuh berwibawa.

Dalam senario ketiga, anda terus berdiam diri walaupun perkara tersebut sudah diketahui semua orang. Saya hanya boleh mengatakan bahawa ini bercanggah daripada cara pemikiran burung unta yang ingin mengelak daripada menghadapi masalah. Jika tiada keberanian untuk menghadapi perkara tersebut dengan jujur, masihkah ada kewibawaan?

Cara para pemimpin Parti Pekerja (WP) mengendalikan isu hubungan sulit antara dua anggota WP mengingatkan saya kepada perumpamaan “pemandu bersama” Encik Low Thia Khiang. Beliau berkata bahawa beliau percaya Singapura memerlukan pemandu bersama untuk menampar pemandu apabila dia tersasar atau apabila dia tertidur atau memandu secara berbahaya.

Jika pucuk pimpinan WP merebut peluang setelah diberitahu oleh pemandu Encik Leon Perera untuk mencari kebenaran dan awal-awal lagi mengingatkan Encik Perera untuk menghentikan perbuatannya, mungkin WP tidak akan dengan serentak kehilangan dua ahli politik popularnya.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, parti pemerintah terpaksa berhadapan dengan beberapa insiden.

Sememangnya, ahli-ahli politik perlu diingatkan supaya memberikan perhatian kepada tingkah laku dan kewibawaan mereka. Bagaimanapun, amat ironik bagi Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, untuk mencadangkan bahawa PM melantik “penasihat tatasusila” kerana beliau juga memerlukan seorang penasihat untuk membantu membawa WP kembali ke landasan yang betul.

Tidak kira sama ada parti pemerintah atau parti pembangkang, meskipun kekurangan mana-mana pihak akan menguntungkan lawannya dalam jangka pendek, saya harap rakyat Singapura tidak akan terpaksa memilih calon pemimpin yang tidak berwibawa. Kita tidak boleh melihat calon yang tidak boleh dipercayai dipilih hanya semata-mata kerana pihak lawan lagi tidak boleh dipercayai.

Baru-baru ini, saya telah membaca wawancara lama dengan Perdana Menteri Pengasas, mendiang Encik Lee Kuan Yew.

Selepas Pilihan Raya Umum 2006, majalah Taiwan, CommonWealth Magazine, telah mewawancara beliau dan menulis laporan bertajuk ‘Jika orang yang tidak jujur berkuasa, negara itu akan musnah!’.


Semasa wawancara itu, beliau berkata “Saya masih percaya bahawa Pilihan Raya adalah sesuatu yang baik kerana tiada siapa yang boleh meramalkan keputusan Pilihan Raya dan sentiasa akan berlaku sesuatu yang tidak terjangka.

Apa yang tidak dijangka tahun ini ialah peratusan undi yang dimenangi oleh Parti Pekerja dan mereka akan menjadi lebih besar, bersih dan kukuh pada masa akan datang. Kami (parti pemerintah) kemudian akan menghadapi satu lagi pertarungan besar menentang mereka kerana kami juga tidak akan berdiam diri. Kami akan kekal bersih, terus kekalkan keberkesanan tadbir urus, mengambil anggota parti yang lebih kuat, untuk menentang mereka!”

Setelah membaca laporan wawancara ini, saya faham mengapa PM secara sukarela mendedahkan bahawa Encik Iswaran masih menerima gaji sebanyak $8,500 sebulan. Ini adalah keputusan beliau sebagai PM dan pemimpin Kabinet.

Beliau bertanggungjawab atas keputusan itu kerana lebih penting untuk memastikan negara ini kekal bersih daripada rasuah berbanding $8,500 itu dan para pemimpinnya terus bertindak dengan tulus.

Jika ia merupakan harga politik yang harus dibayar, maka anggaplah ia sebagai satu cagaran bagi generasi pemimpin akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >