Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Abdeali Tayebali iktiraf sumbangan, beri anugerah ke-9

Nov 28, 2023 | 09:15 PM



Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Abdeali Tayebali Kesembilan telah disampaikan kepada Pengarah Eksekutif Pave, Dr Sudha Nair.

Beliau menerima anugerah itu dalam satu majlis di Raffles Town Club pada Selasa malam yang dihadiri seramai 120 tetamu terdiri daripada pemimpin masyarakat Melayu/Islam dan pemimpin agama lain.

Turut hadir sebagai tetamu terhormat ialah mantan Presiden, Puan Halimah Yacob.

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Abdeali Tayebali ditubuhkan pada 2012 oleh Encik Ameerali Abdeali, seorang penjawat awam yang telah bersara.

Dalam ucapannya, Puan Halimah berkongsi tentang sumbangan Dr Sudha kepada masyarakat.

“...Dr Sudha Nair terkenal dengan kerjanya dalam sektor perkhidmatan sosial, dan lebih khusus sumbangan beliau kepada Pave dan isu yang melibatkan keganasan rumah tangga.

“Tahniah atas anugerah yang layak. Saya menanti sumbangan berterusan anda kepada masyarakat,” kata Puan Halimah.

Pave ialah sebuah agensi perkhidmatan sosial yang menangani keganasan rumah tangga.

Anugerah itu disampaikan kepada individu yang cemerlang dan mempunyai kriteria berikut:

  • Menunjukkan keberanian dan ketabahan dalam menghadapi cabaran dan dugaan yang hebat
  • Menjadi sumber inspirasi kepada orang lain dan contoh teladan dalam menggalakkan semangat pengembaraan dan semangat kesukanan khususnya dalam kalangan golongan muda dalam masyarakat
  • Penghormatan, pertimbangan dan kepekaan terhadap kepercayaan, amalan budaya dan tradisi orang dari semua agama dan etnik
  • Keprihatinan terhadap kebajikan umum masyarakat dan contoh dedikasi, belas kasihan dan empati dalam perkhidmatan masyarakat

Encik Ameerali turut memberikan ucapan semasa majlis:

“Oleh itu, apabila saya memilih penerima Anugerah Abdeali Tayebali kesembilan, nama Dr. Sudha berada di bahagian atas dalam senarai. Malah, ia adalah satu-satunya nama dalam senarai itu. Oleh itu, terima kasih banyak, Dr. Sudha, kerana bermurah hati menerima anugerah ini.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >