Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sumbangan pesakit ginjal bantu rakan senasib diiktiraf

Aug 27, 2023 | 04:03 PM



Meskipun beliau mengalami masalah buah pinggang gagal peringkat akhir dan perlu menjalani dialisis tiga kali seminggu, ia tidak menghalang Encik Mohd Kamsani AB Hamed, 46 tahun, daripada menolong pesakit ginjal lain.

Sejak 2019, Encik Mohd Kamsani mengedarkan makanan secara sukarela dan menjadi sumber inspirasi buat penduduk lain di kawasan kejiranannya di Pasir Ris.

Sumbangannya diiktiraf Persatuan Bertindak Ginjal Bagi Masyarakat Islam (MKAC) dalam satu majlis sempena Hari Kebangsaan di pejabat persatuan itu di Telok Kurau pada Sabtu.

Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Sharael Taha, yang hadir di majlis itu sebagai tetamu terhormat, menyampaikan Anugerah Ketabahan MKAC kepada Encik Mohd Kamsani.

“Saya berasa bahagia tetapi saya tidak sangka dapat menerima anugerah ini. Niat saya adalah untuk tolong pesakit ginjal lain dan memberi sedikit inspirasi kepada mereka,” kata Encik Mohd Kamsani.

Menurutnya, jirannya juga tinggal di flat sewa dan hampir semua isi rumah di kejiranannya itu mempunyai sekurang-kurangnya seorang penghuni yang menghidap penyakit kronik seperti masalah ginjal, sakit tenat, kurang upaya atau mempunyai masalah kewangan.

Encik Mohd Kamsani berkata terdapat beberapa penduduk murah hati juga yang sering bersedekah atau menghulurkan sumbangan infaq kepadanya dan penduduk lain.

“Saya dan rakan-rakan lain akan membeli makanan menggunakan wang yang disedekahkan itu dan mengagihkan makanan itu kepada isi rumah lain.

“Walaupun saya tidak boleh bekerja, saya mahu menyumbang kepada masyarakat sedikit sebanyak dan memberi sokongan moral kepada penduduk lain,” jelasnya.

Selain mengagihkan makanan kepada penduduk lain, beliau juga memberikan mereka kata-kata perangsang.


Walaupun berasa letih selepas menjalani sesi dialisis selama empat jam setiap Selasa, Khamis dan Sabtu, Encik Mohd Kamsani tetap mengetepikan masa untuk bercampur dengan penduduk lain di kawasan kejiranannya.


Apabila ditanya apa yang mendorong beliau berbuat demikian, Encik Mohd Kamsani berkata beliau mahu meringankan beban yang dialami mereka.


“Kehidupan saya setakat ini tidak senang. Saya sudah mengalami semuanya – jatuh sakit, keluar masuk hospital, jadi saya tahu kepahitan yang sesetengah isi rumah di sini sedang mengalami.


“Saya ingin menggalak mereka untuk tidak berdiam diri dan sebaliknya, berkongsi apa-apa masalah dengan orang lain, sama ada dengan saya atau kawan atau keluarga mereka,” katanya.


Encik Mohd Kamsani, yang didiagnos menghidap masalah buah pinggang peringkat akhir pada 2014, terpaksa berhenti kerja akibat penyakitnya.

Dahulu, beliau bekerja sebagai seorang pemandu pada sebelah siang dan pada sebelah malam pula, beliau bekerja sebagai pegawai keselamatan.

Sejak menerima berita penyakitnya, beliau pasrah kerana tidak tahu bagaimana mahu menyara isterinya, seorang suri rumah, dan dua anak lelakinya yang masih bersekolah.

“Mujurlah keluarga saya menerima sokongan kewangan daripada pejabat khidmat sosial, Muis (Majlis Ugama Islam Singapura), dan MKAC.

“Saya bersyukur kerana mereka tidak teragak-agak untuk membantu saya dan keluarga saya dari segi kewangan dan habuan makanan,” ujar Encik Mohd Kamsani.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >