Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AIA umum 3 pelantikan kepimpinan baru

Nov 22, 2023 | 05:56 PM



Tiga pelantikan kepimpinan utama telah diumum oleh syarikat insurans AIA.

Cik Melita Teo, yang kini Ketua Pelanggan dan Pegawai Digital di AIA Singapura, akan menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif yang ditetapkan untuk AIA Filipina mulai 1 Disember 2023.

Mulai tarikh yang sama, Cik Irma Hadikusuma, kini Ketua Pegawai Cadangan Produk di AIA Singapura, dilantik sebagai Ketua Pegawai Pemasaran dan Cadangan AIA Singapura.

Seorang lagi, Encik Peter Lee, menyandang jawatan Ketua Pegawai Teknologi AIA Singapura mulai 20 November 2023.

Rekod kejayaan Cik Teo di AIA Singapura serta pemahamannya yang mendalam tentang keperluan pelanggan dan kepakarannya dalam operasi, digital dan transformasi penjagaan kesihatan, dikatakan akan menyumbang kepada pertumbuhan berterusan dan kejayaan AIA Filipina.

“Dengan kepimpinan dan peranan barunya, Cik Irma pula akan memacu agenda fokus pelanggan AIA Singapura, memanfaatkan sinergi jenama dan cadangan nilai pelanggan AIA Singapura dalam menyampaikan strategi kesihatan dan kekayaan AIA Singapura untuk meneruskan komitmen dalam membantu masyarakat hidup Lebih Sihat, Lebih Lama dan Lebih Baik,” ujar AIA.

Encik Lee pula akan membangunkan dan melaksana strategi teknologi canggih bertaraf dunia bagi merealisasikan visi dan keutamaan perniagaan AIA Singapura sebagai penanggung insurans hayat terkemuka.

Beliau akan fokus pada inovasi dalam terus meningkatkan pengalaman pelanggan dengan syarikat, memastikan penyelesaian teknologi dan digital AIA Singapura sejajar dengan cita-cita Negara Bijak Singapura; dan memperkukuh kecekapan operasi dan proses dalaman dengan membangunkan komprehensif pelan hala tuju kemajuan teknologi untuk mentransformasikan perniagaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >