Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENGURUSAN SELAMAT LEBIH KETAT TANGANI COVID-19

Aidilfitri boleh disambut meriah walau ada langkah selamat: Presiden Halimah

May 06, 2021 | 05:30 AM



LANGKAH pengurusan selamat lebih ketat tidak bermakna sambutan Hari Raya kurang meriah bagi masyarakat Melayu/Islam yang bakal menyambutnya minggu depan, kata Presiden Halimah Yacob.



Sementara beliau memahami kekecewaan ramai sebab tidak dapat menyambutnya dalam saiz perhimpunan yang besar, lebih-lebih lagi selepas menyambut Hari Raya dalam suasana Pemutus Litar tahun lalu, namun langkah lebih ketat diperlukan dalam usaha negara menyekat penularan Covid-19 yang terus mengancam kesihatan.



Semangat menjaga satu sama lain ini sejajar dengan semangat bulan Ramadan, kata Puan Halimah kepada media di luar acara lawatan ke Pusat Khidmat Keluarga (FSC) Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) (Barat) di Bukit Batok semalam.



Antara langkah diketatkan pemerintah ialah jumlah orang yang dibenarkan dalam perhimpunan sosial kini dikurangkan kepada lima orang, berbanding lapan orang. Sekatan serupa turut dikenakan terhadap isi rumah, yang hanya dibenar menerima lima pengunjung berbeza dalam sehari.



Menjelaskan lebih lanjut, Puan Halimah yang berkongsi turut telah mengharapkan dapat menyambut Syawal dengan anak-anak yang sudah berumah tangga, berkata:



"Tentunya ada yang berasa kecewa, dan saya faham kekecewaan masyarakat. Di samping itu, langkah ini perlu untuk melindungi kita.



"Jika kita tidak mengetatkan langkah dan membolehkan lawatan diteruskan mengikut panduan sebelum ini dan jika jangkitan meningkat, kita hanya membahayakan orang tersayang, keluarga dan diri kita sendiri.



"Pemerintah melakukan ini bukan untuk menyekat interaksi kita tetapi demi keselamatan kita. Jadi, saya berharap masyarakat akan dapat memahaminya."



Kata Puan Halimah lagi, kemeriahan sambutan Hari Raya harus terus dikekalkan walau di tengah-tengah langkah lebih ketat ini - tidak kira jika ia diraikan dalam kumpulan besar ataupun kecil.



"Sambutan tetap sambutan sebab kita mahu meraikan berakhirnya bulan puasa... Kita menyambut keupayaan kita untuk mengatasi cabaran, segala pengorbanan dan amalan kita sepanjang bulan ini.



"Dan saya berharap masyarakat akan terus mengekalkan semangat menyambut Hari Raya," ujarnya.



Menurut beliau, tahun lalu masyarakat Melayu menunjukkan daya ketahanan dan terus meraikan Hari Raya walaupun hanya boleh berhubungan menerusi maya.



Tahun ini, peluang beraya lebih baik sebab masyarakat masih dapat saling berkunjungan, walaupun pada jumlah lebih terbatas, tambah Puan Halimah.



"... Kita perlu mengekalkan semangat Ramadan, semangat berkorban, berbuat baik, membantu dan menjaga satu sama lain.



"Dan dengan mematuhi langkah lebih ketat ini, kita sebenarnya menjaga satu sama lain, dan ini adalah sejajar dengan semangat Ramadan," terangnya.



Dalam pada itu, Puan Halimah turut menyentuh tentang pentingnya FSC yang menyokong kaum Hawa, seperti yang ditawarkan oleh PPIS, terutama di tengah-tengah pandemik sekarang.



"Jadi, amat penting mempunyai khidmat untuk keluarga yang mudah diakses. Kita telah melihat khidmat yang mudah diakses adalah amat penting kerana wanita ini sendiri, tidak tahu tentang apa jenis khidmat yang ditawarkan," ujarnya.



Antara mereka yang meraih manfaat daripada FSC PPIS itu yang baru menjalani ubah elok, ialah suri rumah tangga, Cik Raudhah Abdullah, 30 tahun.



"Saya mengikuti program di sini semasa tempoh Pemutus Litar tahun lalu, dan ia banyak membantu ibu-ibu seperti saya, yang kadangkala mengalami tekanan dan kepenatan.



"Sekurang-kurangnya saya dapat meluahkan perasaan kepada rakan ibu lain di samping menjalani kegiatan dalam talian dianjurkan untuk menenangkan fikiran," kata ibu dua anak kecil itu.




"Tentunya ada yang berasa kecewa, dan saya faham kekecewaan masyarakat. Di samping itu, langkah ini perlu untuk melindungi kita.

Jika kita tidak mengetatkan langkah dan membolehkan lawatan diteruskan mengikut panduan sebelum ini dan jika jangkitan meningkat, kita hanya membahayakan orang tersayang, keluarga dan diri kita sendiri.

Pemerintah melakukan ini bukan untuk menyekat interaksi kita tetapi demi keselamatan kita. Jadi, saya berharap masyarakat akan dapat memahaminya."

- Presiden Halimah Yacob.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >